Product  Price Watch  Event  News  Video    Tips  


Product

Share

Kamera lasak, tahan gegar
Click on the picture for specifications

Capt8

Panasonic DMC-FT1
RM 1,499
Price Updated 25 Mar 2009


LASAK dan praktikal. Itulah inovasi terkini yang diterapkan pada kamera digital terbaru Panasonic, Lumix FT1.


Selain menampilkan rekaan moden dan kontemporari, pada masa sama kamera berkelajuan tinggi ini sesuai digunakan dalam aktiviti lasak.

Mengapa Lumix FT1 dikatakan lebih lasak? Semestinya faktor itu didorong permukaan badan kamera yang diperbuat daripada keluli tahan lasak dan gegar. Selain itu, kamera digital canggih ini boleh digunakan dalam air pada kedalaman sehingga tiga meter!

Lumix FT1 khusus juga kalis habuk dan hentakan dengan tahap jatuhan dari ketinggian sehingga 1.5 meter. Seperti pesaing kamera digital lain, Lumix FT1 juga dilengkapkan dengan ciri rakaman video terbaru menggunakan format AVCHD Lite.

Biarpun definisi format dipadatkan melalui teknologi AVCHD Lite, kamera digital ini masih memberikan hasil rakaman mengagumkan.

Bersesuaian dengan ciri kompak dan praktikal yang dimilikinya, Lumix FT1 diperkemaskan dengan sudut kelebaran rakaman foto hingga 28mm menggunakan lensa Leica DC Vario-Elmar. Kamera ini juga mampu mencapai sasaran zoom sehingga 4.6 kali dengan resolusi imej sehingga 12.1 megapiksel.

Tambah menarik, skrin LCD TFT yang diterapkan sebesar 2.7 inci, sekali gus memperlihatkan hasil fotografi lebih luas. Dengan berat hanya 128 gram, Lumix FT1 tidak harus diketepikan begitu saja!

Published Date : 04 April 2009  

Source : Berita Harian



Give your comment here
 
Name*
Email*
 I want to register on myGadget.
Already a member? Click here to login. (ignore Name and Email above if you want to use this option)

Login

Username :

Password :

[forget password]


Comment*
 
Math Question*  = 

Check your answer first before submit button is enabled

Back to previous page
 




Related Product
Most Accessed Product    


Custom Search


 


Terms of Service |  Privacy Policy |  RSS |  Copyright © NSTP e-Media Sdn Bhd (411895-A)   Best viewed in 1280x1024 resolution.