VIERA TH-P50X10K dan TH-P42X10K miliki kekuatan pemacu 600Hz
PANASONIC Malaysia memperkembangkan penguasaan dalam memberikan produk televisyen plasma terbaik kepada pengguna apabila memperkenalkan dua model terkini, VIERA TH-P50X10K dan TH-P42X10K.
Dua model unggul VIERA itu memiliki kekuatan pemacu 600Hz untuk tontonan tercanggih dengan kelengkapan teknologi VIERA Image Viewer (AVCHD/MPEG2/JPEG).
Selain mampu memuatkan kad memori SD untuk menonton pelbagai format imej seperti video, foto dan sebagainya, VIERA TH-P50X10K serta TH-P42X10K turut mempunyai nisbah kontras dinamik 2,000,000:1.