SONY ERICSSON memperluaskan segmen hiburan serta pengimejan menerusi telefon bimbit yang terserlah pada dua model terbaru iaitu C510 Cyber-shot dan W705 WalkmanPhone.
Model C510 memperkenalkan teknologi terkininya iaitu Smile Shutter, teknologi pintar yang mampu beroperasi secara automatik merakamkan gambar selepas mengesan senyuman.
Sementara itu, produk W705 WalkmanPhone mungkin pilihan yang tepat dengan menawarkan audio terbaik dalam kelasnya ditambah reka bentuk yang eksklusif.