PANASONIC Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan dua kamkorder berdefinisi
tinggi menerusi model HDC-SD10 dan HDC-TM10 yang mampu dipegang sebelah
tangan saja ketika merakam.
Kedua-dua kamkorder ini dikatakan peranti paling ringan di dunia dalam kategori berkaitan dengan berat hanya 227 gram.
Model SD10 mampu merakam menggunakan kad memori SDHC atau SD sementara
TM10 membenarkan pengguna merakam menggunakan memori dalaman sebanyak
lapan gigabait.
Produk dengan reka bentuk kompak itu mempunyai
zum optikal sehingga 16 kali yang disokong fungsi penstabil imej bagi
mengurangkan gegaran merosakkan rakaman.