Kaspersky Mobile Security 8: Perlindungan telefon pintar
Click on the picture for specifications
Kaspersky Mobile Security 8
RM 79
Price Updated 10 Sep 2009
VENDOR keselamatan, Kaspersky memperkenalkan sistem pertahanan untuk
telefon bimbit pintar atau pembantu peribadi digital (PDA) yang
mempamerkan beberapa ciri baru termasuk kawalan ibu bapa dan antispam.
Kaspersky Mobile Security 8 (KMS8) menawarkan perlindungan daripada
pencuri dengan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membolehkan
pengguna menghalang akses kepada fail, mencari telefon bimbit serta
membersihkan data sebaik mengetahui ia dicuri.
Ia juga mempunyai sistem SIM Watch menghalang kad sim baru dimasukkan
ke dalam telefon dan menghantar maklumat mengenai kad sim baru yang
cuba dimuatkan.