Product  Price Watch  Event  News  Video    Tips  


Product

Share

Canon F-502G: Mesin kira mesra alam sekitar
Click on the picture for specifications

Capt8

Canon F-502G scientific calculator
RM 35.50
Price Updated 30 Sep 2009


CANON Marketing (Malaysia), peneraju dalam penyelesaian fotografi dan imejan digital, mengukuhkan komitmennya terhadap alam sekitar dengan pengenalan model baru dalam rangkaian produk mesin kiranya.

Model mesin kira saintifik Canon F502G dihasilkan menggunakan 100 peratus bahan penyalin sehingga kepada pembungkusan produk berkenaan.

Pengurus Pemasaran Kanan Canon Marketing Malaysia, Edmond Liew, berkata rangkaian produk mesin kira yang dikeluarkan syarikat itu sentiasa disasarkan untuk memudahkan penggunanya dengan ciri terkini.

“Sebagai tambahan, rangkaian baru mesin kira kami kini lebih sensitif terhadap alam sekitar dan turut menampilkan mesej mengenai kepentingan penjagaan alam di produk terbabit,” katanya.

Mesin kira saintifik 10+2 digit berkenaan sesuai digunakan oleh pelajar yang pertama kali belajar menggunakannya kerana mengandungi semua fungsi penting yang diperlukan oleh pelajar menengah rendah.

Mengandungi hampiri 140 ciri, mesin kira ini berupaya mengendalikan 15 peringkat pengiraan Parenthesis, trigonometri dan statistik, penukaran koordinat, unit sudut dan fraktorial serta pengiraan kombinasi.

Mesin kira yang mempunyai reka bentuk nipis itu menjadikannya selesa di tapak tangan, manakala penutup kerasnya menjadikan ia lebih tahan lasak dan tahan lama.

Dihasilkan untuk kegunaan pelajar sekolah, paparan LCD mesin kira ini direka bentuk dengan lebih besar dan jelas serta dilengkapi punat plastik yang besar bagi memudahkan penggunanya memasukkan maklumat serta memilih fungsi.

Berbeza dengan mesin kira lain, model ini dihasilkan menggunakan plastik yang dikitar semula daripada produk penyalin Canon untuk membentuk bekas mesin kira berkenaan.

Satu lagi ciri ´hijau´ yang ditampilkan oleh model F502-G ialah fungsi kuasa automatik yang membolehkan mesin kira ini terpadam sendiri selepas ditinggalkan tujuh minit bagi mengelakkan pembaziran tenaga.

Usaha yang ditampilkan ini sejajar dengan falsafah korporat Kyosei Canan iaitu ´Hidup dan bekerja bersama bagi kebaikan semua´.

Pada masa sama, matlamat utama penghasilan model ini ialah untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar dengan menyediakan alat pembelajaran Canon FS-502G boleh diperoleh di Malaysia mula bulan lalu pada harga runcit RM35.50 di semua pengedar Canon yang sah.

by Shahrizan Salian

Published Date : 25 September 2009  

Source : Beri



Give your comment here
 
Name*
Email*
 I want to register on myGadget.
Already a member? Click here to login. (ignore Name and Email above if you want to use this option)

Login

Username :

Password :

[forget password]


Comment*
 
Math Question*  = 

Check your answer first before submit button is enabled

Back to previous page
 




Related Product
Most Accessed Product    


Custom Search


 


Terms of Service |  Privacy Policy |  RSS |  Copyright © NSTP e-Media Sdn Bhd (411895-A)   Best viewed in 1280x1024 resolution.