Product
Share
Samsung perkenal netbook N220 dan N150
Click on the picture for specifications
 | Samsung N150 |
|---|
| RM 1,299 |
|---|
Price Updated 09 Feb 2010
|
|---|
|
 | Samsung N220 |
|---|
| RM 1,499 |
|---|
Price Updated 09 Feb 2010
|
|---|
|
|
|
|
SAMSUNG membuka tirai tahun baru 2010 dengan
menampilkan dua model netbook di bawah siri N terbarunya iaitu N220 dan N150
menerusi pelancaran Samsung MyCity 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pengenalan dua siri
N-Netbook ini dilihat sebagai keyakinan Samsung untuk meningkatkan penguasaan
pasarannya dalam industri ´komputer mini´ selaras pendekatan industri lain yang
yakin jualan netbook dijangka terus meningkat tahun ini.
Menariknya, siri N ini
bukan hanya tampil dengan rekaan lebih bergaya bagi menarik perhatian, namun ia
turut menawarkan prestasi terbaik untuk segmen netbook seperti keupayaan bateri
yang tahan antara lapan hingga 12 jam.
Ia ditambah dengan
keupayaan prosessor Intel Atom N450 dan disokong Intel GMA3150 untuk grafik
yang sekali gus membolehkan kedua-dua model menyokong penggunaan sistem operasi
Windows yang terbaru, Windows7.
Di sebalik reka
bentuk nipis dan ringan, siri ini menawarkan kapasiti storan 250 GigaBait (GB)
dan skrin
WSVGA
seluas 10.1 inci (1024 x 600) menggunakan cahaya belakang diod pemancar cahaya
(LED).
Keistimewaan pada skrinnya
jelas membuktikan pembaharuan dalam teknologi paparan Samsung apabila mampu
memberikan kejelasan paparan imej yang optimum, walaupun dalam keadaan terlalu
cerah atau gelapdengan menghapuskan sepenuhnya kesan silauan cahaya luar.
Sistem audio Samsung juga
tidak mengecewakan menerusi pembesar suara saluran 2.1 binaan dalaman yang
bakal memberikan kepuasan pengguna mendengar muzik.
Pelbagai pilihan pemindahan
data turut ditawarkan seperti tiga slot USB 2.0, Bluetooth 2.1+EDR, slot kad
memori tiga dalam satu serta sambungan tanpa wayar 802.11bgn.
Kedua-dua model N-Netbook
ini akan mula dipasarkan di negara ini bulan depan pada harga RM1,299 bagi N150
dan RM1,499 untuk N220, yang mana kedua-duanya hanya berbeza berdasarkan keupayaan
maksimum bateri masing-masing.
Published Date : 29 January 2010
Source : Berita Harian
|