Product  Price Watch  Event  News  Video    Tips  


Tips    

Share

Serlahkan penampilan iPad dan iPhone bapa anda sempena Hari Bapa
Accessories

Hari bapa semakin menjengah tiba. Bapa anda mungkin telah mempunyai apa sahaja yang dihajatinya termasuk iPad dan iPhone. Tahun ini, hadiahkanlah bapa anda dengan sarung iPad dan iPhone yang menarik dan sesuai agar ianya kekal sepadan dengan gaya bapa anda!




Capt1
Sarung iPad


Capt2
Sarung iPhone serendah RM40
Kami di mygadgets.my telah menyenarai pendekkan lima pilihan sarung iPad dan iPhone yang mungkin dapat memberi ilham hadiah yang menarik seta berpatutan dengan bajet anda.

iPad:
    1. "Bamboo Pattern"
    Sangat sesuai bagi bapa anda yang meminati kehijauan alam. Sarung iPad yang bermotifkan buluh ini dapat menyerlah penampilan bapa anda. Boleh didapati dalam warna hijau, krim dan kuning. Anggaran harga RM90.

    2. Belkin Vue Max
    Sarung iPad yang berkonsep poket ini menawarkan fungsi yang tersendiri. Poketnya lustsinar dengan ruang penyimpanan di bahagian belakang, menjadikan sarung iPad ini sangat versatil. Anggaran harga RM130.

    3. Quirky Cloak
    Diperbuat daripada getah tahan lasak, sarung iPad ini direka bersama kekaki yang membolehkan iPad anda didirikan secara melintang mahupun menegak. Anggaran harga RM RM130.

    4. Booqpad iPad Agenda
    Boleh didapati dengan pelbagai jenis warna dan kemasan, sarung iPad ini adalah kombinasi pen dan buku nota dan iPad anda, menjadikannya sebuah ´organizer´ yang terbaik bagi bapa anda yang sentiasa sibuk menguruskan syarikatnya. Harga dianggarkan sekitar RM160.

    5. XtremeMac Thin Sleeve
    Sarung iPad daripada kulit ini ringkas dan elegan, mudah digunakan dan amat sesuai bagi bapa anda yang sukakan konsep minimalis. Anggaran harga RM130.

iPhone 4:
    1. Speck Fiited Hard Shell Case
    Diperbuat daripada plastik dan fabrik bertekstur yang dicetak pada permukaan sarung iPhone ini, memudahkan bapa anda untuk menggengam telefon pintar tersebut dengan penuh yakin. Didatangkan dalam pelbagai pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan personaliti bapa anda. Anngaran harga RM40.

    2. Firenze Leather Case
    Sarung iPhone 4 ini diperbuat daripada kulit bermutu tinggi, selain daripada reka bentuk yang ergonomik, sarung iPhone 4 ini juga dapat menyerlahkan penampilan bapa anda agar lebih ranggi! Anggaran harga RM 130.

    3. Switch Easy Reptile
    Bukan hanya sekadar rupa tetapi sarung iPhone 4 ini menawarkan perlindungan 360 darjah kepada peranti, kerana ianya dihasilkan daripada polikarbonat dan polimer lembut yang bertindak seperti kusyen. Teksturnya seakan-akan kulit buaya bakal menyerlahkan personaliti bapa sebagai hero anda! Anggaran harga RM120.

    4. Ion Predator Zero
    Fiber karbon yang boleh didapati dalam kereta lumba dan ´superbike´ kini ditukar menjadi sarung iPhone 4! Produk berinovasi tinggi ini dihasilkan dalam chasis Iridium yang bukan hanya kelihatan menarik, malah dapat memulihara penerimaan signal kepada peranti iPhone 4. Sangat sesuai dengan bapa anda yang meminati kereta lumba. Dapatkan produk berkualiti ini dengan anggaran harga RM160.

    5. Incipio DuroShot DRX
    Generasi baru dalam sarung iPhone 4 kerana menggabungkan dua bahan dalam pembuatannya iaitu akrilik di sekitar rangkanya dan logam pada badannya. Pilihah warna yang bersesuaian dengan bapa anda; Putih/Kelabu, Hitam/Kelabu, Ungu dan Biru Gelap. Dapatkannya dengan anggaran harga RM125.



Thanks for tkanig the time to post. It's lifted the level of debate
 
Name*
Email*
 I want to register on myGadget.
Already a member? Click here to login. (ignore Name and Email above if you want to use this option)

Login

Username :

Password :

[forget password]


Comment*
 
Math Question*   

Check your answer first before submit button is enabled

Back to previous page

This will be shown to users with no Flash or Javascript.

Related Tips
Most Accessed Tips    
 

news image bank

NSTP e-Media on Facebook

Custom Search


Terms of Service |  Privacy Policy |  RSS |  Copyright © NSTP e-Media Sdn Bhd (411895-A)   Best viewed in 1280x1024 resolution.