Product  Price Watch  Event  News  Video    Tips  


Tips    

Share

Jiwa gambar: Komposisi hidupkan seni foto, impak visual menarik
Photography

KOMPOSISI dalam fotografi ibarat irama dan lagu, tanpanya gambar tidak mempunyai jiwa dan tidak hidup. Komposisi ialah bagaimana kita menggubah pelbagai elemen ke dalam gambar supaya ia menjadi ´karangan´ seni foto yang cantik, menarik serta ada nilai estetika yang tinggi dan tersendiri.



Capt1
Corak yang dihasilkan daripada daun pokok kapur di FRIM yang tidak bersentuhan antara satu sama lain

Malah, komposisi dengan elemen yang digubah secara menarik akan melahirkan kesan visual yang mampu diterjemahkan dalam bentuk kata-kata oleh mereka orang yang melihatnya.

Elemen ini juga termasuklah dalam menggambarkan perbezaan bentuk, kedudukan, perbandingan subjek dengan persekitarannya, gambaran perbezaan kepadatan, ruang sempit dan ruang yang terbuka luas dan pelbagai kejadian alam yang boleh melambangkan ´mood´ atau perasaan seseorang.

Contohnya, ramai yang memainkan elemen cahaya seperti gelap dan terang selain kontras warna sama ada pudar, menonjol atau lesu bagi menggambarkan sifat keceriaan, kemurungan, kesedihan, agresif, kedamaian, ketenangan dan sebagainya.

Begitupun, hanya mereka yang benar-benar kreatif saja yang biasanya menerapkan unsur atau elemen sedemikian ke dalam karya foto mereka untuk mencetuskan impak yang lebih menonjol kepada foto yang dihasilkan.

Biasanya kematangan seseorang jurugambar atau peminat seni foto dinilai daripada ´kepakaran´ mereka menerapkan semua elemen ini dan ia sebenarnya mencerminkan kebolehan sebenar dan inilah faktor utama yang membezakan mereka dengan yang lain.

Info

Antara eleman penting yang boleh digabungkan bagi menghasilkan gambar lebih menarik

1. Memasukkan unsur garisan

2. Memberi kesan tekstur

3. Kepentingan peranan cahaya atau pencahayaan (lighting)

4. Manfaatkan pattern (corak-corak)

5. Perbandingan horizon bagi memperjelaskan lagi cerita subjek

6. Menterjemah bentuk-bentuk yang ada

7. Menggunakan kaedah `rule of third´ (satu pertiga) bagi menceritakan sesuatu

8. Kesesuaian format melintang (horizontal) dan menegak (vertical)

9. Mencari satu sudut pandangan yang lebih ekstrem

10. Memberi pengaruh dan kesan warna agar lebih menonjol

11. Peranan framming (memidang) dengan efek latar hadapan dan belakang

12. Adanya objek tumpuan mata ´eye catching´ yang menjadi tarikan

13. Perbandingan skala atau saiz bagi menceritakan keadaan lokasi landskap


Oleh Noor Azmi Mat Nor (Berita Harian, 17 Julai 2011)
Penulis adalah Editor Foto (Majalah) Unit Foto The New Straits Times Press (M) Bhd

[Gambar oleh Mustaffa Kamal]


Thanks for tkanig the time to post. It's lifted the level of debate
 
Name*
Email*
 I want to register on myGadget.
Already a member? Click here to login. (ignore Name and Email above if you want to use this option)

Login

Username :

Password :

[forget password]


Comment*
 
Math Question*   

Check your answer first before submit button is enabled

Back to previous page

This will be shown to users with no Flash or Javascript.

Most Accessed Tips    
 

news image bank

NSTP e-Media on Facebook

Custom Search


Terms of Service |  Privacy Policy |  RSS |  Copyright © NSTP e-Media Sdn Bhd (411895-A)   Best viewed in 1280x1024 resolution.